Friday, April 25, 2014

Sejarah Pendidikan Islam Di Indonesia

Sejarah Pendidikan Islam Di Indonesia

Sejarah pendidikan Islam bermula sejak agama Islam tersebar di Indonesia pada abad ke-12 Masihi. Para sejarahwan bependapat  bahawa agama Islam mula masuk ke Pulau Sumatera  bahagian Utara daerah Aceh.  Namun demikian, terdapat sesetengah ahli sejarah pendapat bahawa agama Islam masuk di daerah Aceh pada pertengahan abad ke-12 Masehi. Manakala setengah ahli sejarah  lain menyatakan bahawa Islam telah masuk ke Aceh sebelum abad ke-12 Masihi.  Oleh itu, hal  ini telah menunjukkan bahawa Islam telah masuk ke daerah Aceh sebelum abad ke-12.  Pendapat ini dikuatkan lagi dengan keterangan setengah ahli sejarah bahawa orang Arab telah mengenali pulau Sumatera dalam abad ke-9. Oleh itu, banyak antara mereka datang ke Sumatera dan ke pulau-pulau Indonesia untuk berniaga.

Orang Arab yang datang ke Indonesia bukan sahaja datang untuk berniaga sambil memegang al-Quran di tangan kanannya. Dalam melaksanakan usaha perniagaan, mereka juga menyebarkan agama Islam kepada penduduk negeri tersebut.  Secara perlahan, penduduk di Indonesia mula tertarik dengan agama Islam dan secara tidak langsung mereka memeluk agama Islam.  Secara keseluruhan  Islam masuk ke Aceh daripada perjalanan Marco Polo di mana belaiu pulang dari Tiongkok dan singgah di Aceh pada tahun 1292 Masihi. Menrutnya, rakyat di Perlak telah menganut agama  Islam. Pada masa itu, Perlak merupakan pelabuhan besar di Aceh yang menghadap ke Selat Melaka.

Cara Penyebaran  Pendidikan Islam Yang Pertama
Para pedagang muslimin yang pertama masuk ke Indonesia telah menyebarkan agama Islam kepada raja-raja, mengirimkan surat mengajak mereka untuk memeluk agama Islam. Hal ini juga secara langsung telah mengajak rakyat untuk memeluk agama Islam.
Selain itu, para pedagang muslimin  hidup secara bermasyarakat  dengan penduduk di Indonesia sehinggalah wujud ikatan silaturahim yang kukuh.


Monday, April 14, 2014

Sejarah Islam di Indonesia


SEJARAH ISLAM DI INDONESIA



Islam di Indonesia merupakan agama yang terutama, dengan bilangan penganut yang terbanyak. Bilangan ini telah menyebabkan Indonesia menjadi negara yang mempunyai paling ramai orang yang beragama Islam di dunia. Mengikut data banci untuk tahun 2000, laporan Biro Pusat Statistik Indonesia (BPS) menunjukkan kandungan agama Indonesia seperti berikut :

Islam : 88.22% (210 juta pada 2004)
Protestan : 5.87%
Katolik : 3.05%
Agama Hindu : 1.81%
Agama Buddha : 0.84%

Lain-lain : 0.2%, termasuk kumpulan agama Yahudi, dan agama Kristian yang lain.

Kandungan agama di negara Indonesia masih merupakan satu persoalan politik yang sangat hangat, dengan sesetengah orang Kristian, Hindu, dan ahli-ahli agama minoriti yang mendakwa bahawa banci itu telah kurang menghitung orang bukan Islam.

Kebanyakan orang Islam di Indonesia adalah daripada cabang Sunni. Orang yang mengikut cabang-cabang Islam yang lain tidak banyak, termasuk Shia yang mempunyai kira-kira 100,000 orang penganut di seluruh negara. Secara amnya, komuniti Islam aliran utama terdiri daripada dua orientasi:

"pendukung pemodenan" yang mengikut teologi ortodoks kitab agama dengan rapi semasa merangkumi pengetahuan dan konsep-konsep moden;

"tradisionalis" yang kerap kali merupakan pengikut cendekiawan agama berkarisma yang menguruskan diri di sekolah-sekolah berasrama Islam.