Friday, April 25, 2014

Sejarah Pendidikan Islam Di Indonesia

Sejarah Pendidikan Islam Di Indonesia

Sejarah pendidikan Islam bermula sejak agama Islam tersebar di Indonesia pada abad ke-12 Masihi. Para sejarahwan bependapat  bahawa agama Islam mula masuk ke Pulau Sumatera  bahagian Utara daerah Aceh.  Namun demikian, terdapat sesetengah ahli sejarah pendapat bahawa agama Islam masuk di daerah Aceh pada pertengahan abad ke-12 Masehi. Manakala setengah ahli sejarah  lain menyatakan bahawa Islam telah masuk ke Aceh sebelum abad ke-12 Masihi.  Oleh itu, hal  ini telah menunjukkan bahawa Islam telah masuk ke daerah Aceh sebelum abad ke-12.  Pendapat ini dikuatkan lagi dengan keterangan setengah ahli sejarah bahawa orang Arab telah mengenali pulau Sumatera dalam abad ke-9. Oleh itu, banyak antara mereka datang ke Sumatera dan ke pulau-pulau Indonesia untuk berniaga.

Orang Arab yang datang ke Indonesia bukan sahaja datang untuk berniaga sambil memegang al-Quran di tangan kanannya. Dalam melaksanakan usaha perniagaan, mereka juga menyebarkan agama Islam kepada penduduk negeri tersebut.  Secara perlahan, penduduk di Indonesia mula tertarik dengan agama Islam dan secara tidak langsung mereka memeluk agama Islam.  Secara keseluruhan  Islam masuk ke Aceh daripada perjalanan Marco Polo di mana belaiu pulang dari Tiongkok dan singgah di Aceh pada tahun 1292 Masihi. Menrutnya, rakyat di Perlak telah menganut agama  Islam. Pada masa itu, Perlak merupakan pelabuhan besar di Aceh yang menghadap ke Selat Melaka.

Cara Penyebaran  Pendidikan Islam Yang Pertama
Para pedagang muslimin yang pertama masuk ke Indonesia telah menyebarkan agama Islam kepada raja-raja, mengirimkan surat mengajak mereka untuk memeluk agama Islam. Hal ini juga secara langsung telah mengajak rakyat untuk memeluk agama Islam.
Selain itu, para pedagang muslimin  hidup secara bermasyarakat  dengan penduduk di Indonesia sehinggalah wujud ikatan silaturahim yang kukuh.


No comments:

Post a Comment