Thursday, May 1, 2014

Perguruan Tinggi Islam Negeri Di Indonesia

PERGURUAN TINGGI ISLAM NEGERI DI INDONESIA

UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SUNAN KALIJAGA (UIN SUKA)




Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga merupakan institusi Perguruan Tinggi Agama Islam Negeri yang pertama di Indonesia. Nama UIN Sunan Kalijaga diambil daripada kumpulan penyebar Islam di Jawa iaitu Sunan Kalijaga. Kampus UIN Sunan Kalijaga yang terletak di antara Kota Yogyakarta dan Kabupaten Sleman. 


UIN Sunan Kalijaga lebih memenuhi keperluan umat Islam dalam pendidikan agama Islam. UIN Sunan Kalijaga disarankan untuk melakukan kekemasan dan perkembangan dalam pelbagai bidang termauk bidang pengurusan dan juga akademik. Selain itu, kerjasama dengan  pelbagai pihak  luar negeri sangat mengalakkan.  

Terdapat 8 fakulti yang dimiliki oleh Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga iaitu:
- Fakulti Adab dan Ilmu Budaya
-          - Fakulti Dakwah dan Komunikasi
--        - Fakulti Syari'ah dan Undang-undang
-          - Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan
-          - Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Islam
-          - Fakulti Sains dan Teknologi
-          - Fakulti Ilmu Sosial dan Humaniora
-          - Fakulti Ushuluddin dan Pemikiran Islam




UNIVERSITI ISLAM NEGERI ALAUDDIN (UIN)



Universiti Islam Negeri Alauddin atau UIN Alauddin merupakan Perguruan Tinggi Islam Negeri yang terletak  di Makassar. Nama universiti Islam Negeri Alaudddin diambil daripada Raja Kesultanan Gowa yang merupakan orang pertama memeluk Islam dan menerima ajaran islam sebagai agama rasmi kerajaan.

Pada tahun 1962 hingga 1965, UIN Alauddin yang cawangan fakultinya dari Sunan Kalijaga Yogyakarta atas desakan rakyat dan pemerintah kawasan Sulawesi Selatan dan persetujuan Rektor IAIN Sunan Kalijaga Yogyakarta, Menteri Agama Republik Indonesia mengeluarkan nomor pada 17 Oktober 1962 tentang fakulti Syari'ah UMI yang menjadi fakulti Syari'ah IAIN Sunan Kalijaga Yogyakarta cawangan Makassar pada 10 November 1962.


Pada tahun 1965 -2005, dengan dorongan dan hasrat  dari rakyat dan pemerintah kawasan Sulawesi Selatan terhadap pendidikan dan pengajaran Islam di peringkat universiti telah menyatakan sekurang-kurangnya tiga buah fakulti IAIN perlu digabungkan menjadi satu institusi sendiri dan kini telah terdapat di Makassar iaitu Fakulti Syari'ah, Fakulti Tarbiyah dan Fakulti Ushuluddin. Oleh itu, pada 10 November 1965, telah ditukar nama kepada Institut Agama Islam Negeri Al-Jami'ah al-Islamiyah al-Hukumiyah di Makassar.  
Dalam proses perubahan dari institusi kepada universiti, Universiti Islam Negeri Alauddin  Makassar mengalami perkembangan daripada lima buah fakulti menjdai tujuh buah fakulti dan terdapat sebuah Program Pascasarjana (PPs).

Antara fakultinya ialah :
-         - Fakulti Syari'ah Dan Hukum
-         - Fakulti  Tarbiyah Dan Keguruan
-         - Fakulti Ushuluddin Dan Filsafat
-         - Fakulti Adab Dan Humaniora
-         - Fakulti Dakwah Dan Komunikasi
-         - Fakulti Sains Dan Teknologi
-         - Fakulti Ilmu Kesehatan.
-         - Progam Pascasarjana(Pps)



No comments:

Post a Comment