Wednesday, May 7, 2014

Bank Muamalat Indonesia (BMI)

BANK MUAMALAT INDONESIA



Bank Muamalat Indonesia merupakan bank komersial pertama yang menerapkan syariah Islam dalam sistem pengurusannya. Bank ini ditubuhkan pada tahun 1991 dan dilindungikan oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan pemerintah Indonesia. Bank Mualamat ini mula beroperasi pada tahun 1992 dan disokong oleh ulama dan usahawan Islam serta masyarakat. Kemudian pada tahun 1994, Bank Muamalat ini telah menjadi sebuah bank pertukaran asing. Pembiayaan produk sedia ada yang menggunakan prisip Wadiah (deposit) dan wadaraba (perkongsian keuntungan). 

Apakah sejarah pembentukannya  ??
Idea penubuhan Bank Muamalat (BMI) tercetus dalam sebuah bengkel MUI dimana bertemakan "Masalah Bunga Bank dan Perbankan" yang diadakan pada pertengahan tahun 1990 di Cisatua, Bogor. Hasan Basri selaku Ketua Umum MUI dan telah membawa masalah itu kepada Munas MUI yang diadakan pada akhir Ogos 1991. Munas MUI mengambil keputusan agar MUI mengambil inisiatif untuk mendirikan bank tanpa bunga. Akhirnya Presiden Suharto telah meluluskan penubuhan Bank Muamalat Indonesia (BMI).
Bank Islam yang ditubuhkan telah dipersetujui menggunakan nama Bank Muamalat Indonesia (BMI). "Muamalat" itu dalam istilah fiqh bermaksud hukum yang mengatur hubungan antara manusia. Nama alternatif lain yang dicadangkan semasa pembentukkannya adalah Bank Syariat Islam. Tetapi tidak menggunakan nama tersebuta atas alasan mengingati pengalaman penggunaan kata 'syariat Islam' pada piagam Jakarta.



No comments:

Post a Comment