Monday, May 5, 2014

Pondok Pesantren Langitan

PONDOK PESENTREN LANGITAN


Pondok Pesantren Langitan  merupakan institusi pendidikan Islam yang tertua di Indonesia. Institusi pendidikan ini dibina sebelum Indonesia merdeka iaitu pada tahun 1852 di Dusun Mandungan.  Sebelum menjadi sebuah institusi pendidikan ia merupakan sebuah surau yang kecil. KH. Muhammad Nur yang merupakan pengajar ilmu dan menggembleng keluarga dan masyarakat bagi memperjuangkan untuk mengusir penjajah dari keluar dari Indonesia.
KH. Muhammad Nur telah menjaga pondok ini selama 18 tahun dan telah dipegang oleh anak lelakinya iaitu KH. Ahmad Sholeh selama 32 tahun sebelum meninggal. Namun, selepas  beliau meninggal dunia telah diganti oleh menantu lelakinya iaitu KH. Muhammad Khozin selama 19 tahun. Setelah meninggal dunia pondok telah diurus oleh menantunya KH. Abdul Hadi Zahid selama kurang lebih 50 tahun setrusnya diuruskan oleh adik kandungnya iaitu KH. Ahmad Marzuqi Zahid yang mengurus pondok ini selama 29 tahun dan akhirnya diurus oleh anak saudaranya KH. Abdulloh Faqih.
Perjalanan pondok Pesantren Langitan dari semasa ke semasa dapat dilihat sentiasa berlaku peningkatan yang dinamik. Namun, perkembangannya berlaku secara berperingkat dan bersyarat.
Dengan berpengang teguh pada kaidah "Al-Muhafadhotu Alal Qodimis Sholeh Wal Akhdu Bil Jadidil ashlah" (memelihara budaya-budaya klasik yang baik dan mengambil budaya-budaya yang baru yang konstruktif), oleh itu pondok Pesantren Langitan sentiasa melakukan usaha-usaha pembaikpulihkan dan kontektualisasi dalam membina semula bangunan-bangunan sosio budaya, khususnya dalam hal pendidikan dan pengurusan.



No comments:

Post a Comment