UNIVERSITI
ISLAM INDONESIA (UII)
Universiti Islam Indonesia dibina pada 8 Julai 1945 dengan nama
Sekolah Tinggi Islam (STI) di Jakarta.
Sekolah Tinggi Islam merupakan cita-cita tokoh-tokoh nasional
Indonesia yang melihat kenyataan bahawa
ketika itu pendidikan yang ada merupakan milik Belanda (Technische Hoogeschool atau Institut
Teknologi Bandung kini, Recht Hoogeschool di Jakarta dan Sekolah Tinggi
Pertanian di Bogor (Institut Pertanian Bogor sekarang). STI wujud untuk
membuktikan kesedaran berpendidikan pada masyarakat peribumi di Indonesia.
Tokoh-tokoh seperti Dr. mohamad Hatta, Moh. Natsir, Prof. Kha.
Muzakir dan lain-lain menjadikan STI sebagai pengkalan perkembangan pendidikan yang bercorak kebangsaan serta
menjadi tumpuan harapan seluruh anak bangsa.
Penghijrahan Republik Indonesia ke Yogyakarta, STI telah dirasmikan
semula oleh Presiden Soekarno yang bertarikh 10 April 1946 bertempat di Dalem
Pangulon Yogyakarta. Pada masa ini, STI merupakan satu-satunya puat perguruan
tinggi Islam yang telah diubah menjadi Universiti Islam Indonesia atau (Islamic
University of Indonesia, Al Jamiah Islamiyah Al Indonesiyah) pada tahun 1947.
Merealisasikan perubahan STI menjadi UUI bermula dengan pembukaan
kelas pendahuluan atau kelas pra
universiti yang dirasmikan pada bulan Mac 1948 di Pendopo Dalem Purbojo, Ngasem
Yogyakarta. Selain itu, pembukaan UUI secara rasmi diselenggarakan pada tarikh
4 Jun 1948 dan bertempat di Dalem Kepatihan Yogyakarta serta mendapat sambutan meggalakan
dari pihak menteri, pejabat awam dan sebagainya.
Hal ini demikian, pada 4 Jun 1948 juga Universiti Islam Indonesia telah bewajah baru
dan telah dirasmikan sejak tiga tahun sebelum ini di negara Republik Indonesia.
Namun, semasa dirasmikan, UII telah membuka empat fakulti iaitu fakulti
undang-undang, fakulti pendidikan, fakulti ekonomi dan fakulti agama.
UUI juga merupakan universiti swasta yang tertua di Indonesia dan
telah berkembang pesat dengan mempunyai 22 cawangan fakulti yang tersebar di
seluruh Indonesia seperti Surakarta, Madiun, Purwokerto, Gorontalo, Bangil,
Cirebon, dan Klaten yang berpusat di Yogyakarta.
Sehubungan itu, cawangan
universiti telah dihapuskan oleh pemrintah Indonesia, namun ia telah mewujudkan
perguruan tinggi baru sama ada kerajaan mahupun swasta. Hal ini secara tidak
langsung UUI telah mendorong kewujudan dan perkembangan pelbagai institusi perguruan di kota Indonesia
manakala UUI telah menjadi sebahagian sejarah pendidikan kebangssan itu
sendiri.
No comments:
Post a Comment