Wednesday, May 7, 2014

Masjid Istiqlal

MASJID ISTIQLAL


Masjid Istiqlal adalah masjid negara Republik Indonesia yang  berpusat di ibu kota Jakarta.selain itu, Masjid Istiqlal juga merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Pembinaan masjid ini dimulakan oleh Presiden Republik Indonesia masa itu. Iaitu Ir. Soekarno. Beliau meletakkan batu pertama sebagai tanda bermulanya pembinaan masjid Istiqlal pada 24 Ogos 1951. Lokasi masjid ini berada di Taman Wilhelmina, Timur Laut lapangan Medan Merdeka yng ditengahnya terdapat Monumen Nasional (Monas). Bangunan utama masjid dinobatkan satu kubah besar yang diameter sebanyak 45 meter yang disokong oleh 12 tiang besar. Majid ini dapat menampung sebanyak lebih dari dua ratus Jemaah.
Selain digunakan sebagai pusat ibadat untuk umat Islam, masjid juga digunakan sebagai pejabat pelbagai organisasi Islam di Indonesia, aktiviti sosial, dan kegiatan umum. Di samping itu, ia juga menjadi daya tarikan para pelancong yang terkenal di Jakarta. Kebanyakan pelancong yang berkunjung merupakan pelancong tempatan dan terdapat segelintir pelancong asing yang beragama Islam. Bagi masyarakat atau pelancong yang bukan beragama Islam berkunjung ke masjid ini telah mendapat maklumat tentang Islam dan Masjid Istiqlal. Namun demikian, bahagian atau tempat yang boleh dikunjungi oleh pelancong bukan Islam adalah terhad dan harus dibawa oleh pemandu pelancong sahaja.
Masjid ini juga digunakan dalam hari yang penting seperti menyambut Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Hijrah, Maulidur Rasul, Isra dan Mikraj serta Presiden Republic Indonesia juga selalu menggunakan masjid ini untuk kegiatan agama. Selain itu, tingkat bawah masjid digunakan untuk pelbagai keperluan yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti pejabat Dewan Masjid Indonesia, Masjid Ulama Indonesia, Lembaga Pengembangan Tilawah al-Quran, Taman Kanak-kanak Islam dan pentadbiran Badan Pengelola Masjid (BPPMI).




No comments:

Post a Comment