SEJARAH ISLAM DI INDONESIA
Islam di Indonesia merupakan agama yang terutama, dengan
bilangan penganut yang terbanyak. Bilangan ini telah menyebabkan Indonesia
menjadi negara yang mempunyai paling ramai orang yang beragama Islam di dunia.
Mengikut data banci untuk tahun 2000, laporan Biro Pusat Statistik Indonesia
(BPS) menunjukkan kandungan agama Indonesia seperti berikut :
Islam : 88.22% (210 juta pada 2004)
Protestan : 5.87%
Katolik : 3.05%
Agama Hindu : 1.81%
Agama Buddha : 0.84%
Lain-lain : 0.2%, termasuk kumpulan agama Yahudi, dan agama
Kristian yang lain.
Kandungan agama di negara Indonesia masih merupakan satu
persoalan politik yang sangat hangat, dengan sesetengah orang Kristian, Hindu,
dan ahli-ahli agama minoriti yang mendakwa bahawa banci itu telah kurang menghitung
orang bukan Islam.
Kebanyakan orang Islam di Indonesia adalah daripada cabang
Sunni. Orang yang mengikut cabang-cabang Islam yang lain tidak banyak, termasuk
Shia yang mempunyai kira-kira 100,000 orang penganut di seluruh negara. Secara
amnya, komuniti Islam aliran utama terdiri daripada dua orientasi:
"pendukung pemodenan" yang mengikut teologi
ortodoks kitab agama dengan rapi semasa merangkumi pengetahuan dan konsep-konsep
moden;
"tradisionalis" yang kerap kali merupakan pengikut
cendekiawan agama berkarisma yang menguruskan diri di sekolah-sekolah berasrama
Islam.
No comments:
Post a Comment