Wednesday, May 14, 2014

Bank Sentral Republik Indonesia


BANK SENTRAL REBUPLIK INDONESIA



Pembangunan sistem perbankan Islam di Indonesia dijalankan dalam rangka dua - sistem perbankan atau sistem perbankan berkembar dalam rangka Indonesia Seni Bina Perbankan (API), untuk memberikan alternatif yang perkhidmatan perbankan lebih lengkap kepada rakyat Indonesia. Diambil bersama-sama , sistem perbankan Islam dan perbankan konvensional secara sinergi untuk menyokong pergerakan dana awam yang lebih meluas untuk meningkatkan keupayaan kewangan untuk sektor ekonomi negara.

Ciri-ciri sistem perbankan Islam yang beroperasi di atas prinsip yang menyediakan sistem perbankan alternatif yang saling menguntungkan kepada orang awam dan bank-bank, serta aspek-aspek kemuncak keadilan dalam perdagangan, pelaburan beretika, menggalakkan nilai-nilai perpaduan dan perkongsian dalam pengeluaran , dan mengelakkan aktiviti spekulasi dalam urus niaga kewangan. Dengan menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang pelbagai skim kewangan pelbagai, perbankan Islam ke dalam sistem perbankan alternatif yang boleh dipercayai dan boleh dinikmati oleh semua orang-orang Indonesia tanpa terkecuali.



Dalam konteks pengurusan ekonomi makro, penggunaan meluas pelbagai produk dan instrumen kewangan Islam akan dapat gam hubungan antara sektor kewangan dan sektor benar dan mewujudkan keharmonian antara kedua-dua sektor. Penggunaan yang lebih meluas produk dan instrumen Islam di samping menyokong komuniti kewangan dan perniagaan juga akan mengurangkan urus niaga yang spekulatif , oleh itu menyokong kestabilan sistem kewangan secara keseluruhan , yang seterusnya akan menyumbang dengan ketara kepada pencapaian kestabilan harga jangka sederhana dan panjang.


Wednesday, May 7, 2014

Bank Muamalat Indonesia (BMI)

BANK MUAMALAT INDONESIA



Bank Muamalat Indonesia merupakan bank komersial pertama yang menerapkan syariah Islam dalam sistem pengurusannya. Bank ini ditubuhkan pada tahun 1991 dan dilindungikan oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan pemerintah Indonesia. Bank Mualamat ini mula beroperasi pada tahun 1992 dan disokong oleh ulama dan usahawan Islam serta masyarakat. Kemudian pada tahun 1994, Bank Muamalat ini telah menjadi sebuah bank pertukaran asing. Pembiayaan produk sedia ada yang menggunakan prisip Wadiah (deposit) dan wadaraba (perkongsian keuntungan). 

Apakah sejarah pembentukannya  ??
Idea penubuhan Bank Muamalat (BMI) tercetus dalam sebuah bengkel MUI dimana bertemakan "Masalah Bunga Bank dan Perbankan" yang diadakan pada pertengahan tahun 1990 di Cisatua, Bogor. Hasan Basri selaku Ketua Umum MUI dan telah membawa masalah itu kepada Munas MUI yang diadakan pada akhir Ogos 1991. Munas MUI mengambil keputusan agar MUI mengambil inisiatif untuk mendirikan bank tanpa bunga. Akhirnya Presiden Suharto telah meluluskan penubuhan Bank Muamalat Indonesia (BMI).
Bank Islam yang ditubuhkan telah dipersetujui menggunakan nama Bank Muamalat Indonesia (BMI). "Muamalat" itu dalam istilah fiqh bermaksud hukum yang mengatur hubungan antara manusia. Nama alternatif lain yang dicadangkan semasa pembentukkannya adalah Bank Syariat Islam. Tetapi tidak menggunakan nama tersebuta atas alasan mengingati pengalaman penggunaan kata 'syariat Islam' pada piagam Jakarta.



Masjid Al Akbar Surabaya

MASJID AL AKBAR SURABAYA


Masjid ini merupakan masjid yang kedua terbesar  di Indonesia yang terletak di Surabaya. Di masjid ini, penduduk kawasan Surabaya untuk beribadah.
Masjid ini juga sebagai pusat pelancongan dan menjadi kegemaran penduduk tempatan di Indonesia dan para pelancong yang datang ke negara ini terutama sekali pada bulan Ramadhan.  Pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk melawat ke masjid yang paling besar dalam kota Surabaya ini.
Masjid Al Akbar Surabaya dahulunya popular dengan gelaran Masjid Agung Surabaya yang terletak di Jalan Gayung Kebonsari, Surabaya. Selain itu, masjid ini juga dapat dilihat dengan kubahnya yang berwrna hijau.

Selain untuk beribadah, masjid ini juga merupakan pusat pendidikan. Oleh itu, Sekolah Tinggi Mahad Ali telah dibina pada pertengahan tahun 2009.  Pengajaran yang dijalankan ialah jenis pendidikan moden dan juga menerapkan teknologi dengan sistem pendidikan agama.  

Masjid Istiqlal

MASJID ISTIQLAL


Masjid Istiqlal adalah masjid negara Republik Indonesia yang  berpusat di ibu kota Jakarta.selain itu, Masjid Istiqlal juga merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Pembinaan masjid ini dimulakan oleh Presiden Republik Indonesia masa itu. Iaitu Ir. Soekarno. Beliau meletakkan batu pertama sebagai tanda bermulanya pembinaan masjid Istiqlal pada 24 Ogos 1951. Lokasi masjid ini berada di Taman Wilhelmina, Timur Laut lapangan Medan Merdeka yng ditengahnya terdapat Monumen Nasional (Monas). Bangunan utama masjid dinobatkan satu kubah besar yang diameter sebanyak 45 meter yang disokong oleh 12 tiang besar. Majid ini dapat menampung sebanyak lebih dari dua ratus Jemaah.
Selain digunakan sebagai pusat ibadat untuk umat Islam, masjid juga digunakan sebagai pejabat pelbagai organisasi Islam di Indonesia, aktiviti sosial, dan kegiatan umum. Di samping itu, ia juga menjadi daya tarikan para pelancong yang terkenal di Jakarta. Kebanyakan pelancong yang berkunjung merupakan pelancong tempatan dan terdapat segelintir pelancong asing yang beragama Islam. Bagi masyarakat atau pelancong yang bukan beragama Islam berkunjung ke masjid ini telah mendapat maklumat tentang Islam dan Masjid Istiqlal. Namun demikian, bahagian atau tempat yang boleh dikunjungi oleh pelancong bukan Islam adalah terhad dan harus dibawa oleh pemandu pelancong sahaja.
Masjid ini juga digunakan dalam hari yang penting seperti menyambut Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Hijrah, Maulidur Rasul, Isra dan Mikraj serta Presiden Republic Indonesia juga selalu menggunakan masjid ini untuk kegiatan agama. Selain itu, tingkat bawah masjid digunakan untuk pelbagai keperluan yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti pejabat Dewan Masjid Indonesia, Masjid Ulama Indonesia, Lembaga Pengembangan Tilawah al-Quran, Taman Kanak-kanak Islam dan pentadbiran Badan Pengelola Masjid (BPPMI).




Masjid Raya Baiturrahman di Aceh


MASJID RAYA BAITURRAHMAN


Masjid Raya Baiturrahman adalah sebuah masjid yang berada di pusat Kota Banda Aceh. Masjid ini dahulunya merupakan masjid Kesultanan Aceh. Sewaktu Belanda menyerang kota Banda Aceh pada tahun 1873, masjid ini dibakar, kemudian pada tahun 1875 Belanda membangun kembali sebuah masjid sebagai penggantinya. Masjid ini berkubah tunggal dan dapat diselesaikan pada tanggal 27 Desember 1883. Selanjutnya Mesjid ini diperluas menjadi 3 kubah pada tahun 1935. Terakhir diperluas lagi menjadi 5 kubah (1959-1968). Masjid ini merupakan salah satu masjid yang terindah di Indonesia yang memiliki bentuk yang manis, ukiran yang menarik, halaman yang luas dan terasa sangat sejuk apabila berada di dalam ruangan masjid tersebut. 

Monday, May 5, 2014

Pondok Pesantren Langitan

PONDOK PESENTREN LANGITAN


Pondok Pesantren Langitan  merupakan institusi pendidikan Islam yang tertua di Indonesia. Institusi pendidikan ini dibina sebelum Indonesia merdeka iaitu pada tahun 1852 di Dusun Mandungan.  Sebelum menjadi sebuah institusi pendidikan ia merupakan sebuah surau yang kecil. KH. Muhammad Nur yang merupakan pengajar ilmu dan menggembleng keluarga dan masyarakat bagi memperjuangkan untuk mengusir penjajah dari keluar dari Indonesia.
KH. Muhammad Nur telah menjaga pondok ini selama 18 tahun dan telah dipegang oleh anak lelakinya iaitu KH. Ahmad Sholeh selama 32 tahun sebelum meninggal. Namun, selepas  beliau meninggal dunia telah diganti oleh menantu lelakinya iaitu KH. Muhammad Khozin selama 19 tahun. Setelah meninggal dunia pondok telah diurus oleh menantunya KH. Abdul Hadi Zahid selama kurang lebih 50 tahun setrusnya diuruskan oleh adik kandungnya iaitu KH. Ahmad Marzuqi Zahid yang mengurus pondok ini selama 29 tahun dan akhirnya diurus oleh anak saudaranya KH. Abdulloh Faqih.
Perjalanan pondok Pesantren Langitan dari semasa ke semasa dapat dilihat sentiasa berlaku peningkatan yang dinamik. Namun, perkembangannya berlaku secara berperingkat dan bersyarat.
Dengan berpengang teguh pada kaidah "Al-Muhafadhotu Alal Qodimis Sholeh Wal Akhdu Bil Jadidil ashlah" (memelihara budaya-budaya klasik yang baik dan mengambil budaya-budaya yang baru yang konstruktif), oleh itu pondok Pesantren Langitan sentiasa melakukan usaha-usaha pembaikpulihkan dan kontektualisasi dalam membina semula bangunan-bangunan sosio budaya, khususnya dalam hal pendidikan dan pengurusan.



Friday, May 2, 2014

Universiti Islam Indonesia (UII)

UNIVERSITI ISLAM INDONESIA (UII)


Universiti Islam Indonesia dibina pada 8 Julai 1945 dengan nama Sekolah Tinggi Islam (STI) di Jakarta.  Sekolah Tinggi Islam merupakan cita-cita tokoh-tokoh nasional Indonesia  yang melihat kenyataan bahawa ketika itu pendidikan yang ada merupakan milik Belanda   (Technische Hoogeschool atau Institut Teknologi Bandung kini, Recht Hoogeschool di Jakarta dan Sekolah Tinggi Pertanian di Bogor (Institut Pertanian Bogor sekarang). STI wujud untuk membuktikan kesedaran berpendidikan pada masyarakat peribumi di Indonesia.
Tokoh-tokoh seperti Dr. mohamad Hatta, Moh. Natsir, Prof. Kha. Muzakir dan lain-lain menjadikan STI sebagai pengkalan perkembangan  pendidikan yang bercorak kebangsaan serta menjadi tumpuan harapan seluruh anak bangsa.
Penghijrahan Republik Indonesia ke Yogyakarta, STI telah dirasmikan semula oleh Presiden Soekarno yang bertarikh 10 April 1946 bertempat di Dalem Pangulon Yogyakarta. Pada masa ini, STI merupakan satu-satunya puat perguruan tinggi Islam yang telah diubah menjadi Universiti Islam Indonesia atau (Islamic University of Indonesia, Al Jamiah Islamiyah Al Indonesiyah) pada tahun 1947.   
Merealisasikan perubahan STI menjadi UUI bermula dengan pembukaan kelas pendahuluan atau  kelas pra universiti yang dirasmikan pada bulan Mac 1948 di Pendopo Dalem Purbojo, Ngasem Yogyakarta. Selain itu, pembukaan UUI secara rasmi diselenggarakan pada tarikh 4 Jun 1948 dan bertempat di Dalem Kepatihan Yogyakarta serta mendapat sambutan meggalakan dari pihak menteri, pejabat awam dan sebagainya.
Hal ini demikian, pada 4 Jun 1948 juga  Universiti Islam Indonesia telah bewajah baru dan telah dirasmikan sejak tiga tahun sebelum ini di negara Republik Indonesia. Namun, semasa dirasmikan, UII telah membuka empat fakulti iaitu fakulti undang-undang, fakulti pendidikan, fakulti ekonomi dan fakulti agama.
UUI juga merupakan universiti swasta yang tertua di Indonesia dan telah berkembang pesat dengan mempunyai 22 cawangan fakulti yang tersebar di seluruh Indonesia seperti Surakarta, Madiun, Purwokerto, Gorontalo, Bangil, Cirebon, dan Klaten yang berpusat di Yogyakarta.

Sehubungan itu,  cawangan universiti telah dihapuskan oleh pemrintah Indonesia, namun ia telah mewujudkan perguruan tinggi baru sama ada kerajaan mahupun swasta. Hal ini secara tidak langsung UUI telah mendorong kewujudan dan perkembangan pelbagai  institusi perguruan di kota Indonesia manakala UUI telah menjadi sebahagian sejarah pendidikan kebangssan itu sendiri.